Saturday 21 March 2015

KESAN GURU STRES TERHADAP SEKOLAH

        Terdapat banyak kajian yang menyatakan punca-punca yang akan membawa kepada tekanan terhadap guru dan menyebabkan mereka mengambil jalan-jalan tertentu untuk menyelesaikannya. Guru yang tertekan akan melakukan apa sahaja untuk memastikan tekanan yang melanda mereka berakhir. Ini termasuklah melakukan perkara yang menyalahi undang-undang dan etika pengurusan. Setiap yang dilakukan pasti memberikan kesan yang kurang baik terhadap organisasi tersebut. Antara perkara yang biasa dilakukan oleh guru yang stres termasuklah ponteng kerja, masuk lambat ke kelas, berkasar dengan pentadbir, dingin dalam berhubungan dengan warga sekolah lain dan sebagainya yang mana perkara-perkara ini hanya mendatangkan kesan yang negatif terhadap pihak sekolah. Pihak sekolah yang dinyatakan di sini dapat dibahagikan kepada tiga iaitu murid, guru dan pentadbir sekolah itu sendiri. Dalam sesebuah organisasi perlulah ada sikap saling menghormati, jujur dan amanah agar sesebuah organisasi sentiasa berada dalam keadaan aman tanpa sebarang permasalahan. Lain pula yang akan berlaku sekiranya guru-guru yang mengalami fenomena stres ini mengambil langkah yang kurang bijak bagi menangani masalah stres mereka. Pastinya kesan yang negatif akan ditinggalkan tanpa sebarang rasa tanggungjawab yang akan menyebabkan sekolah tidak lagi menjadi organisasi yang harmoni. Kesan yang pertama yang paling ketara dapat kita lihat adalah kesan kepada murid-murid.




No comments:

Post a Comment